home--
spec  download
TV-commecial

Menakjubkan… Perkamusan Berteknologi Tinggi
Bayangkan sebuah instrumen mini berteknologi tinggi yang bermuat 12 kamus, tesaurus, dan glosari yang berautoriti, termasuk Kamus Dewan, Kamus Inggeris – Melayu Dewan, dan “Oxford Compact Advanced Learner’s (English - Malay) Dictionary”.

ELEKSIS PRO bukan saja melenyapkan beban menggalas 12 kamus, tesaurus, dan glosari sekali gus, malah kecanggihan pelbagai fungsi ITnya dapat menciptakan suatu pengalaman baru yang menyeronokkan apabila digunakan.
Canggih Fungsi ITnya
Selain bermuat kamus, tesaurus, dan glosari yang berautoriti, ELEKSIS PRO turut dilengkapi pelbagai fungsi IT serba canggih yang sesuai dengan trend terkini seperti port/link USB, MP3, SD Kad Mikro, Radio FM, Kalkulator, dan sebagainya lantas menonjolkan suatu keunikan yang tersendiri.
Berpatutan Harganya
Harga yang tinggi perlu dibayar untuk membeli 12 kamus, tesaurus, dan glosari tersebut satu persatu, apatah lagi dengan tambahan pelbagai fungsi IT serba canggih yang melengkapi ELEKSIS PRO. Secara perbandingan, ternyatalah bahawa ELEKSIS PRO yang berteknologi tinggi itu cukup berpatutan harganya.
Mesra Penggunaannya
ELEKSIS PRO memang tidak syak lagi merupakan teman mesra petunjuk bahasa dengan pelbagai fungsi IT di hujung jari; mudah digunakan pada bila-bila masa, di mana-mana jua demi memelihara kemurnian dan martabat bahasa.
::top::
Copyright © 2008 Sasbadi Sdn. Bhd. All Rights Reserved
Web Design by CNTSB Malaysia.