Kamus Dewan Edisi Keempat (BM – BM)
- Kamus BM – BM terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang paling berautoriti dan paling dipercayai;
berupa terbitan edisi terkini yang sudah dikemaskinikan, sesuai dengan perubahan dan perkembangan
semasa.
- Mengandungi sekitar 82,900 kata masukan berupa 34,578 entri, 24,180 subentri, dan 24,142 frasa entri.
Kamus Inggeris – Melayu Dewan (BI – BI – BM)
- Kamus dwibahasa (BI – BM) yang paling kemas kini, paling berwibawa, dan terlengkap terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP).
- Mengandungi lebih daripada 38,000 entri berupa kata dasar, kata terbitan, kata majmuk, frasa idiomatik,
dan frasa kata kerja di samping pemasukan kata-kata baru atau makna-makna yang telah berkembang.
Oxford Compact Advanced Learner’s (English - Malay) Dictionary (BI – BI – BM)
- Kamus kompak dwibahasa (BI – BM) yang terkini terbitan Oxford Fajar dengan 50,000 entri meliputi
kata-kata umum serta istilah dan terminologi khusus dalam pelbagai bidang.
- Turut bermuat 330 ilustrasi untuk mendukung makna sesuatu kata di samping gambar rajah yang berkaitan
dengan bidang teknikal.
Kamus Peribahasa Kontemporari (BM – BM)
- Kamus ini bermuat himpunan terbesar peribahasa Melayu yang dipetik daripada masyarakat Malaysia,
Indonesia, dan Brunei Darussalam
- Mengandungi lebih daripada 19,000 peribahasa berserta dengan huraian maksudnya.
“Glossary for Science” dan “Glossary for Mathematics” (BI – BI – BM)
- Bahan di laman web Sasbadi atau Venier yang dimuat naik dari empat judul buku terbitan Sasbadi, iaitu
Glossary for Science – Primary School; Glossary for Mathematics – Primary School; Glossary for Science –
Form 1 to Form 3; Glossary for Mathematics – Form 1 to Form 3.
- Bermuat istilah dan kata kunci Sains dan Matematik yang dipetik daripada buku-buku teks Science dan
Mathematics KBSR serta Science dan Mathematics KBSM.
- Istilah dan kata kunci diberi penerangan yang jelas dan di mana-mana perlu, tersedia contoh serta bahan
grafik berlabel.
Kamus Lain dan Tesaurus
- Kamus Masyarakat (BM – BI – BC)
- Kamus Bahasa Cina – Bahasa Inggeris (BC – BI)
- Kamus Penjodoh Bilangan (BM – BI – BC)
- Tesaurus Bahasa Melayu(BM – BM)